Tuesday, July 21, 2015

Wednesday, November 11, 2009

Status Rakan Thelena buat masa ni

Antara Status rakan2 kita wat masa ni yg aku tau :

aku ( bern)
- biasa la.. takde mende lain dah selain dari keje airbrush aku.. ni je punca rezeki aku.. nak keje bank tak layak hehehe

Danny ( Gilera BMW )
- TOKEY BESAR karaoke kat sebelah terminal.. bersebelahan hotel amende ntah.. nama kedai DAEY STUDIO.. korang nak gi karaoke.. boleh la datang.. tingkat atas.. yg mana agak2 nak jadi artis tu boleh la kesana..

BUKEK
- Rakan kongsi kepada Danny... buat masa ni dia pon masih di STUDIO KARAOKE itu lah.. dengar2 nak wat kedai makan lak.. tak tau la tu,...

FAIZ (vs gundam) dulu flat black ( yg limpa pecah tu)
- sekarang bekerja ngan kerajaan.. keje ape yek.. lupa plak aku.. banci ke ape yek.. gitu2 la.. pegi cek2 kedai orang je keje dia..

Mattar
- Keje kilang petronas kalau tak silap aku kat JB.. jarang sangat la ada kat Kuantan nih.. abis moto2 pon dia bawak gi sana.. dengar nak amik Honda plak.. wah.. sudah maju..

Radi
- Kerja beh gak nih.. keje TNB.. daerah jerantut.. nak kawin dah nih.. nanti kompem tarikh aku bagitau..

Amie penzoil
- keje PKNP.. orang kerajaan langit nih hehhehhee .. dah nak dapat anak dah nih.. tak lama lagi kuar la tu kot.. standby2 la hadiah baby amie.

dobit
- aku tak pasti budak nih.. asik tukar keje je nih.. kalo sesapa yg tau boleh la betulkan ye..

Adik siuk
- ini pon aku tak tau la.. anak org kaya.. tak payah keje pon takpe kot.. aku tak pasti dia keje ape..

Joe pepsi (joe bosan)
- Joe ni masih sekolah lagi hehehe.. bukan.. masih belajar lagi.. sambung belajar lagi.. tak abih2 belajar..

Saturday, March 28, 2009

Syukur lah..

Syukurlah.. ramai pada rakan2 kita dah menampakkan kemajuan dalam kehidupan mereka.. ada yg jadi tokey2 besar.. ada yg jadi pekerja cemerlang.. kita sebagai rakan2 mereka haruslah menyokong sesama kita.. barulah kita boleh lagi maju kehadapan.. antara mereka yg aku nampak sekarang

Danny & Paih
- tokey kepok lekor, kerang rebus kat sebelah restoran Rahmat Indera Mahkota Kuantan.. masyuk la korang yek.. kedai dorang ni siap laptop sorang 1.. macam cyber cafe dah aku tengok.. ehhehe

Padli
- Dah jadi tokey Chicken Wing.. lokasi sama je ngan Danny Paih tuh.. tapi kira okey la masing2 punya bisnes... sedap woo chicken wing dorang nih.. mari mari mari..

Adep hilman
- Ini pulak tokey Satey!! wahhh beshhh. lokasi pon sama ngan yg kat atas nih~! tak rasa lagi.. annti aku senang sket aku oder k!

Bukek
- ini budak ada bukka cawangan burger kat Muadzam.. jauh wo.. dia tokey la.. tapi org lain jaga.. masyuk.. dia pulak duk Kuantan kerja sebagai tukang masak Profesional.. kat sebuah gerai kat Jln Haji Ahmad Kuantan...

Mattar
- dah bekerja "sedap" jugak la kat JB.. aku tak tau kerja sebagai ape.. mengikut kajian lumayan jugak la.. ehehehe


*rakan2 lain aku tak tau la..kalo aku tau nanti aku tambah2 la yek.. maaf la yg korang dah maju tp tader dalam list ni..

Monday, March 2, 2009

Perkahwinan Amie Pennzoil

Semua ahli Thelena dijemput untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan Amie & Nieta di rumah belah lelaki.. belah amie ar.. pada Sabtu, 14hb 3 2009.. area tengah hari ar biasanye kan.. korang nak konvoi ke camane nih?? aku on aje.. konvoi pon boleh.. jalan kaki pon boleh.. ehhe dekat je.. kalo korang ada kemusykilan.. kontek la saya yek.. bubyee..

Tuesday, February 24, 2009

SteamBoat?? Stim on Boat?

hwauhaauahua.. mari mari mari.. Danny ngan Pais sre2 dah bukak kedai steamboat kat Restoran Rahmat.. (kat ngan hostel shhputra tuu) memang strategik la ek.. strategik la bagi dorang hehehe sambil nylam minum air.. pastu mampos lemas.. bahaya.. bahaya... good job danny & Pais.. bukan b**w job.. huhuhuhu. nanti ada masa akan sampai ku kesana... sedap2 sket yek.. jangan stylo aje lebih.. kuah tu penting~!.. tak sedap aku tanak bayar~!

Tuesday, February 17, 2009

Mentol Lampu

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.

Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.

Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.

"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab pesakit dengan nada marah.

"Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?" tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.

"Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!" jawab pesakit tadi.

"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?" soal doktor lagi.

"Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?

Friday, February 13, 2009

:: 0rg melayu skaNg ::

org melayu skang..mkin lupe asal usul..mkin lupe agame..
wlaup0n aku bukan baek sagat..bukan alim ulama..
tpi ksedaran umum 2 ttap ade..
aku menci yang amat kat minah sorang ni..semangat sagat nak smbut valentine..
bd0 tol..um0 k0 da nak ujunk2 remaja da wehhh..
4-5x aku teg0r..jgan smbut valentine..syirik khurafat..najiz2..
die cakap aku p0y0 plak..
alahaiii melayu skang..nak buat baik p0n susahh..
mak k0 kat seblah p0n xtegor k0 eh..
es0k..valentine..
tlg la 0rg melayu..tlg sedar..jgn jatuhkan melayu sdri..kite islam..
aku bukan berp0litik ok..
tpi tg0k la sdri..anak melayu mkin jatuh..da jatuh da p0n..
s0b2..sedeyh2..

Tuesday, February 3, 2009

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan
nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka
tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2."BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya
sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadit Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam,air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL http://qs.al/ Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya
maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."